Wednesday, April 24, 2013

RARA'S EGG ROLE

 masakan untuk orang yang malas... buat egg role
mudah, dan simple

bahan - bahan

- telur 



 - sayur campur



 cara-cara

- mix telur dan sayur campur sehingga sebati



- panaskan pan dan tuangkan campuran 



- bila bahagian bawah dam masak gulungkan telur dan potong, siap


Monday, April 22, 2013

RARA'S BERGEDIL.


 Menu hari ini diambil serta diubah dari blog masakan korea, mudah dan simple, nama koreanya beef minced and tofu patty, tapi nama melayu yang aku cipta sendiri RARA's bergedil.. haha.. 
resepi aku, nama pun sukati aku la.. 

bahan-bahan
- ayam kisar - beli di tesco 


 - tofu lembut - pastikan ada logo halal ya..


 -  sayur-sayuran (carrot dan daun kucai) 

 - telur (sebiji cukup)


- bawang putih -kisar

- garam

- lada hitam - tumbuk 



 - minyak bijan 


 cara-cara pembuatan ialah :::


- hancurkan tofu jadi macam seperti gambar  dibawah



 - potong sayur-sayuran kecil2



 - campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan sehingga sebati



- then, panaskan pan dan letak minyak, letakkan bahan yang telah campur
 ala-ala bentuk nak buat cucur ADABi...



 - masak sampai goreng dan siap... mudah dan simple boleh dimakan begitu sahaja 
atau cicah dengan sos cili.. makan saja pon sodap..





Thursday, April 18, 2013

rara's congee

last night menu adapted from happy together korean variety show, 
to watch it can tune in to channel 392 for HD or 391 from ASTRO,
haha.. macam promoter,
masa bosan2 kat umah tgh dok alih2 channel, terbuka citer tuh, dan mereka tgh berada di segmen masak2
so stay je la, tgk resepi mudah2, 
resepi hari tuh mmg mudah, congee je atau nama melayu bubur..
jadi ak pon try buat, dan alhamdulillah, jadi jugak, 
housemate aku jugak tidak mendapat tekanan mental dan juga mulut untuk terima menu2 pelik ni, hehehe

bahan-bahan 
- lebihan nasi daripada lunch, yang sayang nak buang,
- ikan bilis,
- pati ayam
- cili padi
- halia

cara-cara
1- panaskan air, letak ikan bilis dan pati ayam, letak secukup rasa, kalo nak rasa pati ayam letak la banyak kalau tak suka, letak sikit je, nak elak rasa nasi kosong




2- letak lebihan nasi atau nasi sejuk



3- gaul nasi sampai hancur dan dissolve bersama air, then, letak cili hijau yang dah dipotong dan halia


4- masak sampai nasi jadi lembut dan siap dihidang, untuk yang suka masin2 tambah garam sikit, tapi nak jaga kesihatan kurangkan garam dalam makanan, sebab ikan bilis tadi pon dah masin

5- dah siap, boleh dihidang bersama dengan lauk sampingan, lauk sampingannya ialah sosej + tauhu telur sambal.. erm.. lazatt


sayur gaul2 belacan

bahan :

sos

- bawang putih + merah -hancurkan
-kicap
- sambal belacan - dah di prepare awal2
- sos tiram

sayur 2

- kobis panjang 
-cili merah n hijau
- sosej

step 

1- goreng bawang putih dan merah yang dah hancur, minyak sedikit dan kicap sedikit - 30 saat
2- then bila dah sejuk prepare sos, masuk kan bawang goreng kicap dengan sambal belacan dan sos tiram 



3- potong sayur2an dan sosej





4- rebus 2-3 minit






5 - sejuk kan sayur rebus dan gaul  bersama sos yang telah disediakan


6- siap:))

Wednesday, April 17, 2013

2nd menu, no name

menu diambil dari bermacam2 blog, diubah mengikut kesesuaian bahan yang ada di dapur
buat ayam peram je,

cara

1- buat sos peram bahan2:
- chili paste - buatan sendiri

- sos chili


- asam jawa


- kicap @ sos caramel - mana yg ada


- bawang putih + bawang merah - tumbuk smpi hancur


- air gula - seeloknya madu @ starch syrup disebabkan benda2 tuh mmg tak da.. so air gula pon jd la, (p/s kalo guna sos caramel air gula sikit je, nanti manis


- minyak - sikit cukup


2- mix semua bahan2 ni  jadi mcm ni







 3- potong ayam






 4- peram ayam- aku peram semalaman, sebab malas nak bangun pagi awl2 so prepare semua malam2






 5- panaskan kuali dan terus masak, tak perlu letak minyak sebab dah ada minyak masa peram - kalau nak ada kuah, tambah air sikit nak bagi ada kuah




6- dah siap.....

Tuesday, April 16, 2013

1st story.. black noodles

salam,

1st entri, dah lama pikir.. nak tulis apa dalam blog, 

lpas buat consultation dgn rumate terchenta.. dia bagi idea, wat pasal masakan ke, travel ke.. so travel mmg tak la.. nak p kl pon tk mampu.. so wat pasal masak memasak la,

smlm try menu baru black noodles

menu diambil dari this blog http://www.kfoodaddict.com/ 
instead of gune black bean paste yg tak tau ceruk mana nak cari kt malaysia ni.. ak gune sos caramel cap tesco je..

bahan2 n cara


- bawang putin + merah - tumbuk la kot sedap sket

- sayur apa saja yg ada dlm peti sejuk - sayur yg dh simpan lama   tuh bawak kluar je
- ayam potong2
- chili padi + cili merah - nak bagi rasa pedas 
- sos caramel cap tesco - sedap n murah
- chili boh + asam jawa 
- bihun - rebus
- gula n garam - bahan standard secukup rasa
- tepung jagung - kat rumah tak da tepung jagung bak kata house mate tepung gandum pon boleh kot tepung jugak tuh, jadi try saja la
sayur2

ayam potong

bawang tumbuk



 cara
1- panaskan minyak, then letak sos caramel + bawang kisar + cili boh + letak sikit asam jawa bagi rasa masam2 sikit
2- pastu letak ayam 



 3- bila ayam dah masak letak sayur2 dan tambah air 


 4- tunggu sampai ayam cukup masak n sayur2 lembut.. 
5- rasa la.. kalo tak sedap tambah la apa yg patut gula ke garam ke n etc, masa buat ni tak letak garam pon, sebab sos caramel tuh dah cukup garam
6- masa tunggu masak rebus la mee hun
7- nak bagi kuah tu likat sikit letak la tepung gandum yg dh digaul dgn air kalo ada tepung jagung lebih afdal
8- letak la selikat mana yg dikehendaki
9- then siap sudah.. 

for me and housemate