Monday, April 22, 2013

RARA'S BERGEDIL.


 Menu hari ini diambil serta diubah dari blog masakan korea, mudah dan simple, nama koreanya beef minced and tofu patty, tapi nama melayu yang aku cipta sendiri RARA's bergedil.. haha.. 
resepi aku, nama pun sukati aku la.. 

bahan-bahan
- ayam kisar - beli di tesco 


 - tofu lembut - pastikan ada logo halal ya..


 -  sayur-sayuran (carrot dan daun kucai) 

 - telur (sebiji cukup)


- bawang putih -kisar

- garam

- lada hitam - tumbuk 



 - minyak bijan 


 cara-cara pembuatan ialah :::


- hancurkan tofu jadi macam seperti gambar  dibawah



 - potong sayur-sayuran kecil2



 - campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan sehingga sebati



- then, panaskan pan dan letak minyak, letakkan bahan yang telah campur
 ala-ala bentuk nak buat cucur ADABi...



 - masak sampai goreng dan siap... mudah dan simple boleh dimakan begitu sahaja 
atau cicah dengan sos cili.. makan saja pon sodap..





2 comments:

  1. mas, kalo nak bentuk bulat, tambahkan minyak lebih...baru bentuk xjd cam jemput2... hihi

    ReplyDelete
  2. owh ye ke... hahaha... baik2... nanti cube lain pulak..

    ReplyDelete